52 diselamatkan, 103 mayat ditemukan selepas kondominium Mandalay runtuh

Runtuhan kondominium Sky Villa di Mandalay susulan gempa bumi Myanmar ragut 103 nyawa, 52 diselamatkan, dan 114 masih hilang. Foto Agensi
Runtuhan kondominium Sky Villa di Mandalay susulan gempa bumi Myanmar ragut 103 nyawa, 52 diselamatkan, dan 114 masih hilang. Foto Agensi
A
A
A

YANGON - Sehingga Selasa, 52 orang telah diselamatkan manakala 103 mayat ditemukan dari kondominium Sky Villa yang runtuh di wilayah Mandalay, tengah Myanmar, lapor akhbar milik kerajaan, Global New Light of Myanmar pada Rabu.

Bangunan itu runtuh selepas gempa bumi kuat melanda pada 28 Mac, menurut laporan itu, seperti dipetik Xinhua.

Pasukan Penyelamat Myanmar, Jabatan Perkhidmatan Bomba Wilayah Mandalay, dan kakitangan kerajaan Wilayah Mandalay telah menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan sejak 28 Mac di tapak runtuh Sky Villa, tambahnya.

Gempa bumi itu mengorbankan 3,759 orang manakala 5,107 yang lain mengalami kecederaan, dengan 114 individu masih dilaporkan hilang di seluruh negara setakat Selasa, menurut Global New Light of Myanmar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!