Pantai Penunjuk Kuala Kijal

Keadaan kawasan di Pantai Penunjuk yang menjadi laluan nelayan keluar ke laut untuk mencari sumber rezeki ketika tinjauan di Kemaman, baru-baru ini.
Kerajaan Terengganu mengambil alih semula kawasan Kuala Kijal daripada pemilikan swasta selepas lebih 30 tahun.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris berkata, pengambilalihan semula kawasan itu bagi melindungi bot nelayan dengan pembinaan struktur pemecah ombak (breakwater) serta langkah mengawal hakisan pantai di sekitar Pantai Penunjuk dan Kampung Che Wan.
Menurutnya, perkembangan itu memberikan harapan baru buat komuniti nelayan setempat yang sebelum ini berdepan kesukaran untuk keluar ke laut. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
