Final Piala Malaysia hilang seri, prestij

JDT dan Sri Pahang bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
JDT dan Sri Pahang bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
A
A
A

PERLAWANAN akhir Piala Malaysia yang menemukan jaguh bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bagaikan hilang seri dan kurang meriah seperti yang diharapkan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, suhu serta atmosfera perlawanan akhir itu juga tidak dirasai walaupun hanya tinggal kurang seminggu aksi tersebut akan berlangsung.

"Kalau dulu, dua pasukan yang masuk ke final, bukan sahaja penyokong mereka yang teruja, malah penyokong pasukan lain pun tak sabar nak tonton.

"Tetapi, sekarang tidak lagi dan mungkin minat itu makin pudar kerana mungkin mereka sudah boleh jangkakan pasukan mana yang akan menang sekali gus menurunkan prestij perlawanan tersebut.

"Musim ini juga kalau ikutkan Sri Pahang berjaya masuk perlawanan akhir sejak sekian lama, tetapi penyokong Pahang sendiri pun dilihat tidak begitu teruja untuk menonton perlawanan akhir ini," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini, media melaporkan penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia untuk kuota JDT mahupun Sri Pahang FC agak perlahan.

Menurut Pekan, keterujaan penyokong untuk menyaksikan perlawanan akhir ini sesuatu yang jarang berlaku dan ia sesuatu yang tidak bagus untuk bola sepak negara.

"Situasi seperti ini sesuatu yang jarang berlaku dan kita nampak aura itu tidak sama seperti perlawanan akhir sebelum ini terutama sebelum zaman penguasaan JDT.

Artikel Berkaitan:

"Semasa zaman penguasaan JDT, pada peringkat awal memang kita nampak keterujaan itu masih ketara, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, siapa pun yang masuk perlawanan akhir bertemu JDT, keterujaan itu sudah menurun.

"Namun, masih ada masa sebelum perlawanan akhir berlangsung dan saya harap penyokong kedua-dua pasukan dapat memastikan kemeriahan perlawanan akhir ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!