175 banduan Afghanistan dibebaskan daripada penjara Pakistan

Pelarian Afghanistan tiba di pusat pemeriksaan sempadan Torkham di Wilayah Nangarhar, Pakistan. Foto Xinhua
Pelarian Afghanistan tiba di pusat pemeriksaan sempadan Torkham di Wilayah Nangarhar, Pakistan. Foto Xinhua
A
A
A

KABUL - Seramai 175 banduan warga Afghanistan yang dipenjarakan di Pakistan dibebaskan dan kembali ke tanah air, menurut kenyataan Kementerian Pelarian dan Penghantaran Pulang, semalam, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan pulang ke Afghanistan pada Sabtu melalui pintu masuk sempadan Spin Boldak di Wilayah Kandahar, selatan negara itu.

Pakistan membebaskan ribuan warga Afghanistan yang dipenjarakan dan menghantar mereka pulang sepanjang tahun lepas.

Pada September 2024, Ketua Pemangku Pentadbiran Penjara Mohammad Yusuf Mustari memaklumkan antara 8,000 hingga 9,000 warga Afghanistan kini sedang menjalani hukuman penjara di luar negara. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!