'Kalau gaji sama, Rice pilih United' - Rio Ferdinand

Rice berjaya mengekang pergerakan bintang Real Madrid, Kylian Mbappe semasa suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto: Agensi
Rice berjaya mengekang pergerakan bintang Real Madrid, Kylian Mbappe semasa suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu. - Foto: Agensi
A
A
A

RIO Ferdinand percaya Declan Rice akan memilih Manchester United dan bukannya Arsenal jika The Red Devils menawarkan gaji setara seperti yang diterimanya di Emirates.

Rice kini menjadi watak utama dalam kemaraan Arsenal ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas aksi cemerlang menentang Real Madrid.

Dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam kedua-dua aksi suku akhir yang menyaksikan The Gunners menang 5-1 secara agregat.

United juga mara ke separuh akhir Eropah minggu ini, menewaskan Lyon 5-4 dalam pertembungan dramatik Liga Europa.

Namun, prestasi United dalam saingan domestik jauh ketinggalan, kini berada di tangga ke-14 dalam laluan mencatat musim paling buruk dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ferdinand tetap yakin aura Old Trafford cukup kuat untuk menarik Rice jika United mampu menyamai tawaran Arsenal.

Pemain tengah itu berpindah dari West Ham ke Arsenal musim panas lalu dengan nilai £100 juta (sekitar RM600 juta).

"Bagi saya, Declan sudah buktikan bahawa dia layak berada pada tahap tertinggi tapi sayang Manchester United tak berusaha merekrutnya.

“Tapi kalau kelab buka buku cek dan kata ‘kami sanggup bayar sama macam Arsenal’, saya rasa Declan akan pilih United,” ujar Ferdinand.

Artikel Berkaitan:

Pun begitu, Ferdinand percaya Rice tidak menyesal menyertai kelab London utara itu.

“Dia kini menjadi nadi kepada skuad Mikel Arteta yang masih berpeluang menamatkan musim dengan kejayaan bersejarah di pentas Eropah,” katanya.

Walaupun harapan untuk merangkul kejuaraan EPL semakin tipis, tumpuan Arsenal kini beralih kepada dua perlawanan penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada 29 April dan 7 Mei dalam misi memburu trofi UCL pertama mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!