Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kenderaan lawan arus bongkar cubaan edar syabu RM14.9 juta

17 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Maklumat awam mengenai sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur 1(LPT1) Kuantan membongkar cubaan mengedar dadah jenis syabu bernilai lebih RM14.9 juta, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'min Nik Min.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan di Kilometer 211 menghala ke Kuala Lumpur dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723439/berita/semasa/kenderaan-lawan-arus-bongkar-cubaan-edar-syabu-rm149-juta

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #PDRM