Bekas calon PRN Johor didakwa salah guna wang pertubuhan
17 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang sebuah pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Mahkamah #BekasCalonPRN #SalahGunaWang