Syarikat pengendali lama enggan kosongkan premis - Fahmi
17 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) memasuki premis Menara Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu dibuat selepas syarikat pengendali lama enggan mengosongkan premis walaupun konsesi mereka telah tamat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat baharu sepatutnya mula mengambil alih operasi pada 1 April tetapi akibat keengganan syarikat lama mengundurkan diri, tindakan undang-undang terpaksa diambil.
PTP juga telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada syarikat lama melalui surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #MenaraKL #FahmiFadzil