Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pulang beraya naik ECRL pada 2027

17 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rakyat Kelantan dijangka boleh pulang beraya menaiki Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila pengangkutan awam itu akan memulakan operasi Januari 2027 sekali gus mengelakkan kesesakan lalu lintas yang telah membelenggu sejak sekian lama, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan siap sepenuhnya pada Disember 2026.

Menurutnya, ECRL akan mulakan operasi percubaan pada Jun tahun hadapan dan dijangka beberapa gerabak penumpang akan sampai hujung tahun ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723387/Pulang-beraya-naik-ECRL-pada-2027

Muzik: Creative Mind dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ECRL #KotaBharu