Wartawan China fasih Bahasa Melayu

Husna bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Husna bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wartawan dari China, Liang Liang mencuri perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu tular baru-baru ini.

Beliau yang juga dikenali dengan nama Melayu, Husna mula dikenali warga Malaysia ketika membuat liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.

Menurut Husna, beliau mula mempelajari Bahasa Melayu selepas menyertai program pertukaran pelajar universitinya ke Malaysia.

"Selepas saya tamat 'high school', saya perlu memilih jurusan dalam universiti. Pada masa itu, terdapat beberapa pilihan di hadapan saya dan semua itu adalah bahasa asing.

"Jika kami memilih bahasa asing, kami perlu menjadi pelajar pertukaran di negara itu.

"Saya ketika itu sebagai pelajar muda berfikir jika perlu ke negara lain saya mahu memilih negara yang selamat, mempunyai pemandangan indah dan makanan sedap. Tiba-tiba ada satu jawapan terus muncul dalam otak saya iaitu Malaysia," jelasnya dalam satu video menerusi Tik Tok.

Husna ketika membuat liputan di liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.
Husna ketika membuat liputan di liputan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China.

Beliau turut berkongsi pengalaman hari pertama mempelajari Bahasa Melayu.

Jelasnya, pensyarah Bahasa Melayu beliau di Universiti Minzu Yunnan di Kunming memberikannya nama Melayu iaitu Husna.

Artikel Berkaitan:

"Sejak itu, saya dikenali sebagai Husna dan saya pun memanggil kawan- kawan dengan nama Melayu mereka.

"Pensyarah kami sangat cantik dan baik hati. Beliau beri kami nama Melayu dan saya diberi nama Husna," ujarnya.

Husna turut berterima kasih dan mengakhiri videonya dengan serangkap pantun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!