Tiga lelaki direman, pukul anjing sampai mati

Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa.
Foto ihsan PDRM
Ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa. Foto ihsan PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Tiga lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes anjing yang dipukul sehingga mati di Taman Mentakab Indah di sini pada Ahad direman tiga hari sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tan Chew King selepas kesemua suspek berusia 19, 29 dan 39 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Temerloh pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 428KK/29 Akta Kebajikan Haiwan.

Sebelum itu, tular dua klip video di laman Facebook yang memaparkan beberapa individu dipercayai memukul anjing di taman terbabit sehingga mati.

Ekoran insiden tersebut, seorang wanita berusia 23 tahun telah tampil membuat laporan polis pada Isnin.

Dalam pada itu, seorang lelaki telah membuat laporan berasingan kira-kira jam 9.14 pagi pada hari sama selepas digigit seekor anjing hingga menyebabkan luka dan bengkak di bahagian kiri kaki di jalan utama taman tersebut pada Ahad.

Laporan terbabit telah dirujuk ke Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!