Penumpang mabuk kencing dalam kabin, cetus trauma

Tindakan penumpang lelaki berkenaan telah menyebabkan penumpang lain terkejut dan trauma. - Gambar hiasan
Tindakan penumpang lelaki berkenaan telah menyebabkan penumpang lain terkejut dan trauma. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Seorang penumpang lelaki dalam penerbangan Air India dari New Delhi ke New York mencetuskan kekecohan apabila bertindak kencing di kawasan tempat duduk dalam kabin kelas perniagaan.

Pelaku yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian menyebabkan seorang penumpang wanita yang duduk di sebelahnya mengalami trauma.

Menurut Air India, insiden itu telah dilaporkan kepada polis dan satu jawatankuasa dalaman akan dibentuk bagi menyiasat keperluan untuk pelaku disenaraihitamkan daripada syarikat penerbangan berkenaan.

“Selain memberi amaran kepada pelaku tidak bertanggungjawab itu, kami turut menawarkan bantuan kepada mangsa yang terpaksa menyaksikan kejadian tidak bermoral tersebut.

“Mangsa yang terkesan boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa di Bangkok memandangkan kejadian itu berlaku ketika pesawat sedang bersiap sedia untuk mendarat di negara berkenaan setelah terbang dari New Delhi,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Penerbangan Awam India, Ram Mohan Naidu Kinjarapu menegaskan, pelaku akan dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti bersalah.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tingkah laku tidak senonoh dalam penerbangan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

“Setiap kali kejadian seperti ini berlaku, kementerian akan ambil tindakan. Jika ada pelanggaran, kita akan bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Insiden ini menimbulkan persoalan mengenai keselamatan dan etika penumpang dalam penerbangan, terutamanya dalam kelas perniagaan yang sepatutnya menawarkan keselesaan dan privasi yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu juga mencetuskan perbincangan mengenai keperluan untuk memperketatkan peraturan mengenai pengambilan alkohol dalam penerbangan.

Sebelum ini, pada November 2024, sebuah penerbangan Ryanair dari Derby, England ke Tenerife, Sepanyol terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas seorang penumpang kencing di lorong pesawat akibat mabuk.

Kejadian-kejadian seperti ini menunjukkan perlunya tindakan tegas terhadap penumpang yang berkelakuan tidak senonoh dalam penerbangan.​

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!