Pak Lah cetus idea penubuhan UMK – Mustapa

Penubuhan UMK adalah hasil cetusan idea Allahyarham Tun Abdullah semasa beliau menjadi Perdana Menteri kelima.
Penubuhan UMK adalah hasil cetusan idea Allahyarham Tun Abdullah semasa beliau menjadi Perdana Menteri kelima.
A
A
A

KOTA BHARU - Penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah hasil cetusan idea Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri kelima.

Bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Allahyarham semasa sidang Parlimen.

"Penubuhan UMK diumumkan oleh Allahyarham dalam Parlimen.Saya diamanahkan untuk melaksanakan penubuhannya semasa menjadi Menteri Pengajian Tinggi," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Selasa.

Menurut beliau, jasa Pak Lah terhadap negara cukup besar termasuk menaikkan gaji penjawat awam dengan kadar tertinggi.

No Image Caption

Ujarnya, Allahyarham turut memperkenalkan Islam Hadhari dan mata pelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF).

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 7.10 malam Isnin, pada usia 85 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, menerusi hantaran di Instagram.

Tun Abdullah yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 dan dikenang sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!