BAM umum skuad ke Piala Sudirman

Barisan pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada Piala Sudirman di China akhir bulan ini. Foto FB BAM
Barisan pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada Piala Sudirman di China akhir bulan ini. Foto FB BAM
A
A
A

TEKA-TEKI skuad yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala Sudirman di China hujung bulan ini terlerai pada Isnin.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai 20 pemain melibatkan lima acara.

Perkembangan tersebut dikongsi BAM menerusi catatan di media sosial yang melibatkan 11 pemain lelaki dan sembilan wanita.

Mereka dijadual menyertai kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bermula Selasa.

“BAM mengesahkan senarai 20 pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan di Piala Sudirman 2025.

“Kem latihan berpusat akan bermula esok (Selasa) di ABM sebagai persediaan menghadapi kejohanan berpasukan campuran paling berprestij ini," catat BAM di Facecook pada Isnin.

Kejohanan tersebut dijadual berlangsung di Xiamen bermula 27 April hingga 5 Mei.

Kem Malaysia yang diundi dalam Kumpulan C akan membuka kempen menentang Perancis pada 28 April, diikuti bertemu Australia dan Jepun pada hari berikutnya.

Artikel Berkaitan:

Perseorangan Lelaki

1.Leong Jun Hao

2.Justin Hoh

Perseorangan Wanita

3. Goh Jin Wei

4. K Letshanaa

Beregu Lelaki

5. Aaron Chia

6. Soh Wooi Yik

7. Nur Izzuddin Rumsani

8. Goh Sze Fei

9. Man Wei Chong

10. Tee Kai Wun

Beregu Wanita

11. Pearly Tan

12. M. Thinaah

13. Go Pei Kee

14. Carmen Ting

Beregu Campuran

15. Goh Soon Huat

16. Shevon Lai

17. Chen Tang Jie

18. Toh Ee Wei

19. Hoo Pang Ron

20. Cheng Su Yin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!