Tarif Trump: China kurangkan import filem AS

Jurucakap Pentadbiran Filem China berkata penyesuaian itu dibuat berdasarkan prinsip pasaran dan mencerminkan cita rasa penonton, memandangkan kenaikan tarif terbaharu AS terhadap import dari China dijangka memberi kesan terhadap minat penonton China terhadap filem AS.
Sebagai pasaran filem kedua terbesar di dunia, China sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan yang tinggi dan akan memperkenalkan lebih banyak filem berkualiti dari negara lain bagi memenuhi permintaan pasaran, kata jurucakap itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
