Anggota polis tertembak diri sendiri meninggal dunia

Laporan Sinar Harian mengenai seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang pada Selasa.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di IPK Pulau Pinang pada Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Anggota polis yang parah akibat tertembak diri sendiri dalam kejadian petang Selasa lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Am Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, anggota berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.12 petang Khamis.

"Mendiang merupakan anggota dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang disahkan meninggal dunia pada petang tadi.

"Mendiang sebelum ini mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat tertembak diri sendiri pada 8 April lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hamzah turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap agar tabah menghadapi segala ujian.

"Saya dan isteri serta seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

"Semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan ketentuan ini serta dipermudahkan segala urusan," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang anggota polis parah di kepala dipercayai tertembak diri sendiri dengan menggunakan pistol dalam kejadian di Pos Pengawal IPK Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada jam 6.12 petang itu, anggota tersebut dijumpai dalam keadaan cedera parah di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan:

Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!