Kilang alat ganti kereta terbakar

Keadaan kebakaran kilang di Bandar Teknologi Kajang, di sini, pada Khamis. Gambar kanan: Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran kilang di Bandar Teknologi Kajang pada Khamis.
Keadaan kebakaran kilang di Bandar Teknologi Kajang, di sini, pada Khamis. Gambar kanan: Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran kilang di Bandar Teknologi Kajang pada Khamis.
A
A
A

KAJANG – Sebuah kilang alat ganti kereta di Bandar Teknologi Kajang, di sini terbakar pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.05 pagi

"Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang serta bantuan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak di bangunan kilang dikategorikan sebagai bangunan kelas A.

“Kebakaran melibatkan 40 peratus daripada struktur bangunan tersebut, namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 6.25 pagi.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Operasi pemadaman masih diteruskan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!