Microsoft kini syarikat paling bernilai tinggi di dunia, atasi Apple

DISEBABKAN oleh pengumuman pengenalan tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, pelbagai saham mengalami kejatuhan mendadak, termasuk saham Apple yang memperlihatkan kejatuhan sekitar 23 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Perkara ini sekali gus mengurangkan nilai syarikat Apple, dan kini memposisikannya sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia.
Mengatasinya adalah Microsoft, yang kini bernilai AS$2.635 trilion, berbanding Apple yang bernilai sekitar AS$2.590 trilion.
Microsoft dilihat kurang terkesan dengan pengenalan tarif ini berbanding Apple memandangkan fokus mereka terhadap perisian dan perkhidmatan, berbanding Apple yang bergantung kepada tenaga keluaran luar Amerika Syarikat.
Menduduki tangga ketiga adalah NVIDIA dengan nilai syarikat berjumlah AS$2.349 trilion. -Amanz/ Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
