Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Content Creator' pandu Lamborghini tapi tiada lesen

09 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador ditahan kerana tiada lesen memandu dalam operasi bersepadu di Jalan Bangsar, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Lelaki berusia 28 tahun yang juga seorang pencipta kandungan itu memandu kereta berkenaan dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/721810/berita/semasa/content-creater-pandu-lamborghini-tapi-tiada-lesen

#SinarHarian #BeritaSemasa #operasibersepadu #JPJ