Pengeluar kereta Jerman, Audi hentikan sementara eksport ke AS

Pengeluar kereta Jerman, Audi menghentikan sementara aktiviti mengimport keretanya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons kepada dasar tarif Presiden AS Donald Trump. Foto EPA
Pengeluar kereta Jerman, Audi menghentikan sementara aktiviti mengimport keretanya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons kepada dasar tarif Presiden AS Donald Trump. Foto EPA
A
A
A

MUNICH - [DIKEMAS KINI] Pengeluar kereta Jerman, Audi menghentikan sementara aktiviti mengeksport keretanya ke Amerika Syarikat (AS) sebagai respons kepada dasar tarif Presiden AS Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Memetik memo dalaman kepada pengedar, majalah perdagangan Automobilwoche pada Isnin melaporkan yang keputusan itu terpakai kepada semua kereta yang dihantar ke pelabuhan AS selepas 2 April, apabila tarif 25 peratus ke atas kereta import berkuat kuasa.

Syarikat itu bagaimanapun masih belum mengulas mengenai laporan itu.

Audi pada masa ini mempunyai lebih 37,000 kereta dalam stok di AS yang tidak terjejas oleh duti baharu itu.

Menurut laporan itu, Audi sedang menganalisis kesan duti import ke atas perniagaannya.

Audi, yang berpangkalan di bandar Ingolstadt di selatan Jerman, adalah anak syarikat Kumpulan Volkswagen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!