'Rumah saya 'total lost', sumbangan ini dapat ringan beban'

Azman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, pada Isnin.
Azman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Penduduk yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini menzahirkan rasa syukur selepas menerima sumbangan wang tunai daripada kerajaan dan Petronas, pada Isnin.

Penduduk, Nor Shahrizan Rosli, 39, berkata, sumbangan ini meringankan beban perbelanjaan sekeluarga.

"Rumah saya 'total lost', rugi puluhan ribu ringgit. Terima kasih sebab ramai agensi datang hadir beri sumbangan sepanjang saya berada di PPS.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat bantu perbelanjaan keluarga. Kami tiada tempat tinggal setakat ini dan duduk di PPS dahulu," kata bapa kepada tiga anak itu yang ditemui pemberita Majlis Penyampaian Sumbangan di Dewan Masyarakat di Kampung Bukit Lanchung di sini pada Isnin.

A Puspagaran
A Puspagaran

Sementara itu, pekerja bank, A Puspagaran, 45, turut bersependapat sumbangan terbabit dapat meringankan beban yang ditanggung.

Dia yang menetap di Taman Putra Harmoni berkata, kediamannya yang didiami sejak 13 tahun musnah keseluruhan.

"Saya sudah kehilangan semua. Keseluruhannya musnah, kami tinggal sementara waktu di rumah ahli keluarga lain," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak RM1.4 juta bantuan awal oleh kerajaan dan Petronas diserahkan kepada 219 mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights

Artikel Berkaitan:

Azman ketika ditemui pemberita di Dewan Serbaguna, Kampung Bukit Lanchung, pada Isnin selepas majlis serah sumbangan kepada penduduk terjejas insiden kebakaran saluran paip gas.
Azman ketika ditemui pemberita di Dewan Serbaguna, Kampung Bukit Lanchung, pada Isnin selepas majlis serah sumbangan kepada penduduk terjejas insiden kebakaran saluran paip gas.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, ia membabitkan jumlah RM5,000 kepada pemilik kediaman yang musnah sepenuhnya serta RM2,500 kepada mereka yang sedikit terjejas.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mangsa dan keluarga mereka yang terjejas akibat tragedi itu, terutama umat Islam yang sedang menyambut hari raya Aidilfitri.

“Walaupun tiada kehilangan nyawa namun kemusnahan harta benda sangat besar. Kerajaan Madani, kerajaan negeri dan agensi berkaitan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau sebelum itu mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan terbabit.

Turut hadir Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Tambah Azman, pihak kerajaan amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta dan syarikat korporat menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu kesemua mangsa tragedi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!