'Jadikan Persidangan UMNO wadah perkukuh muafakat'

Jalaluddin
Jalaluddin
A
A
A

SEREMBAN - Persidangan UMNO bukan sekadar memenuhi syarat organisasi parti sebaliknya perlu dijadikan platform memperkukuh muafakat sesama ahli.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia harus dijadikan wadah untuk memperbaiki dan memperkemaskan gerak kerja parti.

"Persidangan ini merupakan medium terpenting dalam agenda memperkasakan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

"Nasihat saya kepada kepimpinan dan ahli parti di setiap peringkat agar menjadikan persidangan ini sebagai salah satu tempat memperkukuhkan muafakat sesama ahli," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Jalaluddin berkata, beliau yakin, berbekal sumbangan ikhlas daripada semua ahli kepada parti mampu membawa UMNO kembali berdiri sebagai sebuah entiti yang digeruni satu hari nanti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!