Masih ada kecuaian, ketirisan dan rasuah dalam perkhidmatan awam – PM

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Penjawat awam digesa untuk mencari jalan agar langkah reformasi perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan dapat dijayakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, reformasi yang giat dilaksanakan tidak seharusnya dipandang remeh oleh penjawat awam.

“Masih ada kecuaian, masih ada ketirisan dan laporan-laporan rasuah dalam kalangan penguat kuasa,” katanya dalam ucapan di Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin.

Anwar turut mengingatkan ketua-ketua jabatan serta kementerian agar sentiasa berwaspada dalam memastikan matlamat kerajaan untuk menyelamatkan negara dan bangsa dapat dicapai sepenuhnya.

"Antara perkara utama yang harus diberi perhatian ialah usaha membina kesatuan dan fokus dalam semangat Malaysia Madani, yang berpaksikan kekuatan akidah, akhlak, serta kebijaksanaan fiskal dan ekonomi," ujarnya.

Tambah beliau, isu-isu penting seperti kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital juga perlu diberi perhatian serius agar generasi muda dapat dilengkapkan dengan kemahiran masa depan.

"AI untuk rakyat – sama ada ia berjaya atau tidak, itu bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!