Peniaga Ikan Sungai
A
A
A
Minat yang mendalam terhadap ikan sungai terutama spesis eksotik telah mendorong Mohd Elmie Fariesa menjadikan hobinya itu sebagai pendapatan sampingannya lumayan sehingga pernah mencecah RM10,000 sebulan, melebihi gaji pekerjaan hakikinya sebagai pemandu lori.
Katanya spesis ikan eksotik seperti kelah merah dan kelah dompok dari Terengganu menerima permintaan tinggi daripada kalangan pengumpul ikan hiasan dan eksotik sehingga dia pernah menjual spesis tersebut pada harga RM1,000 seekor.
Jelasnya beliau baru sahaja menjual seekor ikan kelah dompok berharga RM1,000 kerana spesis ikan tersebut unik kepalanya berbentuk bulat, atau bahasa pasarnya dipanggil ikan cacat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
