Kebakaran gas Putra Heights: Pengeluaran roti Massimo alami gangguan sementara

PUTRA HEIGHTS - Bekalan roti jenama Massimo dijangka terjejas bermula esok susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan The Italian Baker Sdn Bhd memaklumkan bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilang mereka telah digantung sementara oleh pembekal bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dilakukan.
"Akibat gangguan ini, ketersediaan produk bakeri kami di pasaran mungkin terhad bermula 4 April 2025 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Kami amat menghargai sokongan anda dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-22-6688.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi media sosial rasmi Massimo Bread.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

