Wanita maut, dua cedera selepas dua kereta bertembung

Keadaan kereta Proton Saga dan Perodua Kelisa yang terlibat dalam nahas berkenaan.
Keadaan kereta Proton Saga dan Perodua Kelisa yang terlibat dalam nahas berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Kem Askar Majidee, Jalan Tanjung Laboh, di sini, pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baru Pahat, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abdul Ghafar Mahadi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dan Proton Saga yang bertembung. Setibanya pasukan di lokasi, dua mangsa didapati tersepit dalam Perodua Kelisa, manakala seorang lagi mangsa dari Proton Saga telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, penumpang Perodua Kelisa merupakan seorang wanita berusia 59 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandunya, wanita berusia 29 tahun, mengalami kecederaan parah.

Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Kem Askar Majidee, Jalan Tanjung Laboh, di Batu Pahat, pada awal pagi Khamis.
Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Kem Askar Majidee, Jalan Tanjung Laboh, di Batu Pahat, pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, katanya, pemandu Proton Saga turut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.18 pagi selepas semua mangsa berjaya dikeluarkan dan lokasi kejadian disahkan selamat.

Artikel Berkaitan:

"Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!