Lebih 1,400 petugas kesihatan terbunuh dalam serangan di Gaza

Lebih 1,400 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza maut dalam serangan tentera Israel (IDF) sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Palestin. - Foto: Reuters
Lebih 1,400 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza maut dalam serangan tentera Israel (IDF) sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Palestin. - Foto: Reuters
A
A
A

RAMALLAH - Lebih 1,400 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza maut dalam serangan tentera Israel (IDF) sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Palestin.

Prensa Latina melaporkan bahawa Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan tentera Israel telah memusnahkan atau menjadikan lebih 240 pusat dan institusi kesihatan tidak beroperasi, termasuk 34 hospital.

Pejabat itu turut memberi amaran bahawa tentera Israel secara sengaja menyebabkan kebuluran di Gaza dengan menutup semua pintu masuk sempadan sejak 2 Mac, sekali gus menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan, air, bahan api dan barangan keperluan lain.

Selain itu, rejim itu juga memusnahkan 60 bank makanan dan pusat pengagihan sebagai sebahagian daripada serangan perang mereka.

Sejak konflik bermula pada 2023, lebih 50,300 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel, termasuk 30,000 wanita dan kanak-kanak, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!