Jepun keluarkan amaran gunung berapi di Kyushu

TOKYO – Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan amaran peringkat pertengahan bagi gunung berapi di wilayah barat daya Kyushu dan menasihati orang ramai agar menjauhi kawasan tersebut kerana letusan berpotensi berlaku pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, menurut agensi pengurusan bencana, tiada arahan pemindahan dikeluarkan bagi penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Berapi Shinmoedake, yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kirishimayama.
“Amaran gunung berapi dikeluarkan untuk Kirishimayama pada tahap tiga. Elakkan menghampiri kawasan gunung tersebut kerana letusan mungkin berlaku.
“Patuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan jauhkan diri dari zon berisiko,” menurut kenyataan itu.
Jepun memiliki beberapa gunung berapi aktif dan terletak di kawasan yang dikenali sebagai ‘Lingkaran Api’ Pasifik, dengan sebahagian besar gempa bumi serta letusan gunung berapi dunia direkodkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
