Polis cari pemilik akaun Facebook 'Muhamad Harun'

Polis minta pemilik akaun Facebook 'Muhamad Harun' tampil memberi maklumat lanjut berhubung hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bera Unite pada Sabtu.
Polis minta pemilik akaun Facebook 'Muhamad Harun' tampil memberi maklumat lanjut berhubung hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bera Unite pada Sabtu.
A
A
A

BERA - Polis Daerah Bera meminta pemilik akaun Facebook 'Muhamad Harun' untuk tampil memberi maklumat lanjut berhubung hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bera Unite pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, melalui hantaran itu individu terbabit mendakwa anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tidak mengambil tindakan terhadap dua penunggang motosikal berbangsa Cina yang tidak memakai topi keledar.

Menurutnya, individu terbabit sebaliknya mendakwa polis hanya mengambil tindakan ke atas penunggang berbangsa Melayu hingga terpaksa menolak motosikal ke balai polis.

"Lelaki itu turut mempersoalkan sama ada undang-undang yang dikuatkuasakan hanya terpakai kepada kaum tertentu dan mendakwa kejadian serupa sering berlaku di kawasan Triang," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Zulkiflee berkata, 'Muhamad Harun' diminta supaya segera hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat lebih lanjut bagi membantu siasatan.

“Sekiranya individu berkenaan gagal tampil memberikan keterangan, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!