Lelaki ditemui mati celah longkang

Seorang lelaki tanpa identiti ditemui mati dalam keadaan tersepit dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, Ipoh pada Sabtu. Foto Bomba Perak
Seorang lelaki tanpa identiti ditemui mati dalam keadaan tersepit dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, Ipoh pada Sabtu. Foto Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tersepit dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham di sini pada Sabtu.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tambun pada jam 1.50 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dari dalam longkang. Foto Bomba Perak
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dari dalam longkang. Foto Bomba Perak

Menurutnya, anggota yang tiba dimaklumkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

"Ketua Operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota mengangkat mangsa.

"Mayat tanpa identiti itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 2.22 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!