Rasa Ajar Masak pamer resipi cinta, warisan rasa

Rancangan 'Rasa Ajar Masak' ditayangkan di saluran Astro Prima pada setiap Sabtu hingga Rabu sejak 1 Mac lalu.
Rancangan 'Rasa Ajar Masak' ditayangkan di saluran Astro Prima pada setiap Sabtu hingga Rabu sejak 1 Mac lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Rancangan 'Rasa Ajar Masak' yang menayangkan episod akhir pada Rabu lalu menjadi pilihan utama penonton yang mencari hiburan ringan tetapi penuh makna.

Berada di minggu kemuncak, rancangan yang ditayangkan di saluran Astro Prima pada setiap Sabtu hingga Rabu sejak 1 Mac lalu telah menampilkan selebriti bersama pasangan masing-masing antaranya Atu Zero dan Shafeeqa Johari (Episod 16), Che Ta dan Zain Saidin (Episod 17), Fasha Sandha dan Fasyina Sandha (Episod 18) serta Datuk Rosyam Nor dan Anis Rosyam Nor (Episod 19).

Selain itu turut menampilkan Fazziq Muqris dan Fatimah (Episod 20), Datuk Hattan dan Datin Arianie (Episod 21) serta Wafiy Aan, Adib Haziem dan Hamyzan Ishan (Episod 22).

Setiap episod menggabungkan elemen hiburan, gelak tawa dan ilmu memasak yang santai menjadikannya tontonan sesuai untuk seisi keluarga menjelang waktu berbuka puasa.

Musim kali ini menampilkan konsep unik dan segar dengan 22 episod, 22 cikgu, 22 murid dan 44 resipi yang mana seorang selebriti atau personaliti bergandingan dengan 'cikgu memasak' sama ada chef, ibu atau tokoh masakan untuk belajar menyediakan menu istimewa dengan sentuhan kreatif.

Bukan hanya resipi dan masakan yang dipertontonkan, malah celoteh mereka berkongsi kisah tentang makanan kegemaran sejak kecil, mengikat hubungan kekeluargaan serta membentuk siapa mereka hari ini.

Lebih istimewa beberapa episod turut mencabar tetamu dengan penggunaan bahan misteri, menjadikan setiap sajian bukan hanya ujian rasa tetapi pengalaman lucu, spontan dan penuh memori.

Antara tetamu yang menceriakan dapur Rasa Ajar Masak musim ini ialah Datuk Chef Ismail dan Maria Tunku Sabri, Datuk Khadijah Ibrahim, Aleeza Kasim, Angeline Tan dan Sabri Yunus.

Artikel Berkaitan:

Dari air tangan seorang ibu ke gelak tawa seorang ayah, hingga ke pelukan erat anak dan saudara, setiap episod memberi gambaran sebenar tentang erti kasih dalam keluarga Melayu.

Ia adalah penghormatan kepada warisan masakan kita yang penuh warna, penuh cerita, dan penuh rasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!