Lebih 40 maut serangan Zionis dalam tempoh 24 jam

Kanak-kanak terus menjadi mangsa hujan peluru di Gaza. - Foto Agensi
Kanak-kanak terus menjadi mangsa hujan peluru di Gaza. - Foto Agensi
A
A
A

GENTING GAZA - Lebih 40 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan ganas yang terus diperhebatkan rejim Zionis di seluruh Genting Gaza dalam tempoh 24 jam.

Saksi mendakwa, kempen pengeboman itu turut menyasarkan sebuah pasar sesak di tengah Gaza ketika penduduk sedang membuat persiapan akhir untuk menyambut ketibaan Aidilfitri.

Sementara itu, Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran ratusan ribuan penduduk Palestin berdepan krisis kebuluran teruk dan malnutrisi setelah Israel menyekat bantuan kemanusiaan selama lebih tiga minggu.

"Operasi ketenteraan yang diperluaskan di enklaf itu memberi impak besar kepada operasi kami selain mengancam nyawa kakitangan kami pada setiap hari," tegas WFP.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dalam satu kenyataan pula mendakwa kira-kira 82 peratus aliran bantuan ke Gaza disekat pada 18 hingga 24 Mac.

"Bekalan penting termasuk makanan semakin kehabisan di wilayah itu," ujar OCHA menerusi catatan ringkas di media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!