Apa yang perlu dilakukan kerajaan pada masa ini ialah menerbitkan satu Kertas Putih sebagai satu dokumen rasmi yang menggariskan reformasi institusi secara keseluruhan, bukan secara bahagian-bahagian kecil yang terpisah atau piecemeal.Ahli MPT BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kerajaan tidak perlu bermula dari kosong kerana agenda ini telah berlaku di peringkat pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan 1.0 dulu.