Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Resipi cendol enam dekad di Pasar Besar Seremban

03 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Siapa sangka perniagaan cendol yang diusahakan pasangan suami isteri di Pasar Besar Seremban sudah berusia enam dekad, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Ia diwarisi Mohan T Kadeer Mohaideen, 60 daripada bapanya yang sebelum itu berniaga pencuci mulut berkenaan di bandar ini dengan menaiki basikal sejak tahun 1960-an.

Malah resipi 'rahsia' turun temurun daripada bapanya termasuk menggunakan tiga jenis campuran gula masih dikekalkan hingga kini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Cendol #Seremban #PasarSeremban #cendolwarisan