Empat kes berprofil tinggi tahun lalu 'cabar' PDRM
25 Mac 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan pelbagai cabaran dalam menguji kredibiliti pasukan tersebut membabitkan beberapa kes berprofil tinggi termasuk serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan nyawa anggotanya pada tahun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sepanjang tahun lalu, kredibiliti pasukan Sang Saka Biru itu dituntut untuk merungkai beberapa kes menarik perhatian serta persepsi masyarakat khususnya di platform media sosial.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPN #PDRM #Kesprofiltinggi
