Pemilihan PKR: Exco Perak pertimbang tanding Ahli MPP

Mohd Azlan
Mohd Azlan
A
A
A

GOPENG - Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi menyuarakan kemungkinan bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mei depan.

Beliau berkata, perkara itu dalam pertimbangan berikutan terdapat desakan daripada akar umbi yang mahu beliau menawarkan diri bertanding di peringkat Pusat.

"Barisan Ahli MPP ini dipilih daripada 20 orang.

"Insya-ALLAH saya akan mempertimbangkan dan buat keputusan secepat mungkin sebelum tarikh pengundian," katanya.

Setiausaha PKR negeri itu turut mengesahkan, menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Kampar bagi pemilihan April ini.

Seramai 200 keluarga dalam DUN Tualang Sekah terpilih menerima wang tunai RM150 bagi membeli keperluan dan persiapan raya melibatkan peruntukan keseluruhan RM30,000.
Seramai 200 keluarga dalam DUN Tualang Sekah terpilih menerima wang tunai RM150 bagi membeli keperluan dan persiapan raya melibatkan peruntukan keseluruhan RM30,000.

Terdahulu Mohd Azlan ditemui dalam program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Ahad.

Dalam majlis itu, seramai 200 keluarga dalam DUN Tualang Sekah terpilih menerima wang tunai RM150 bagi membeli keperluan dan persiapan raya melibatkan peruntukan keseluruhan RM30,000.

Mohd Azlan berkata, inisiatif kerajaan negeri itu adalah kesinambungan daripada program bantuan kembali ke sekolah bertujuan meringankan ibu bapa dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

"Tinjauan saya tadi, mereka gembira dapat berbelanja, rata-ratanya menggunakan wang bantuan untuk membeli pakaian," katanya.

Mohd Azlan (kanan) membantu Nur Qasrina Qalesya Abdul Rahman,10, memilih pakaian baru sempena program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.
Mohd Azlan (kanan) membantu Nur Qasrina Qalesya Abdul Rahman,10, memilih pakaian baru sempena program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng pada Ahad.

Sementara itu, salah seorang penerima, Noorhayati Adnan, 45, berkata, persiapan raya dilakukan mengikut kemampuan kerana sudah mengeluarkan belanja besar hampir RM3,000 untuk persekolahan empat anaknya.

"Ini kali pertama terima bantuan begini, rasa syukur sangat. Saya guna RM150 untuk beli baju raya dan kelengkapan anak perempuan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!