90 peratus Orang Asli saudara mara saya: Ramli

Ramli ketika program walkabout di Tanah Rata, di sini, hari ini.
Ramli ketika program walkabout di Tanah Rata, di sini, hari ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Calon BN, Ramli Mohd Nor yakin mendapat sokongan penuh Orang Asli dalam PRK Cameron Highlands.

Menurut beliau, ini kerana kebanyakan penduduk Orang Asli yang mewakili 22 peratus masyarakat Cameron Highlands merupakan saudara-maranya.

"(Bantuan) jentera-jentera (perlu) juga tapi kampung Orang Asli dari Betau sampai ke Kampung Raja itu 90 peratus adalah saudara mara saya. Insya-ALLAH," katanya ketika ditemui di program walkabout di Tanah Rata, di sini, hari ini.

Mengenai sokongan kaum lain, Ramli berkata, beliau tidak pasti kerana baru hari kedua berkempen.

Dalam pada itu, katanya, beliau tidak menghalang sesiapa saja membantunya berkempen termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak boleh menghalang... sesiapa saja boleh berkempen termasuk beliau (Najib)," katanya.

Semalam, Najib dalam perjumpaan dengan masyarakat di Bangsar South berkata akan mempertimbangkan permintaan ramai pihak yang mahu beliau membantu kempen BN di PRK Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: