Ahmad Badri dilantik Pengerusi baharu TNB

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dilantik sebagai pengerusi baharu Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkuat kuasa 12 Mac menggantikan Tan Sri Leo Moggie.

Ahmad Badri merupakan pengarah bukan bebas bagi syarikat utiliti nasional itu dan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan sejak 12 September 2018.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Moggie, 78, meletakkan jawatan sebagai pengarah dan pengerusi. - Bernama

Artikel Berkaitan: