Angkasa salur barang keperluan asas BA100

Abdul Rahman ketika sesi penyerahan sumbangan barang keperluan asas kepada salah seorang penerima.
Abdul Rahman ketika sesi penyerahan sumbangan barang keperluan asas kepada salah seorang penerima.
A
A
A
SHAH ALAM - Program CoopCare Rezeki Ramadan anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) kembali lagi tahun ini dengan menyalurkan sumbangan 55 pek barangan keperluan harian menerusi projek Barang Asas (Projek BA100).

Bantuan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung kepada golongan asnaf, keluarga berpendapatan rendah (B40) serta petugas barisan hadapan yang kurang berkemampuan.

Anggota Lembaga Angkasa yang mewakili Presiden Angkasa, Profesor Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, program tahunan itu bukan sekadar menyantuni mereka kurang bernasib baik, bahkan menjadi cerminan peranan koperasi dalam membantu masyarakat sejajar dengan prinsip asas gerakan kumpulan tersebut.

ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN



Menurut beliau, inisiatif tanggungjawab sosial korporat koperasi berkenaan turut diperluaskan ke seluruh negara bersempena dengan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dengan peruntukan menghampiri RM1 juta.

“Penyerahan sumbangan barangan keperluan khas pada hari ini (Khamis) disalurkan kepada 55 penduduk setempat yang terdiri daripada golongan memerlukan seperti asnaf, B40, ibu tunggal dan mangsa bencana.

“Selain menyerahkan bantuan, juadah berbuka puasa turut disediakan buat mereka,” katanya ketika sesi penyerahan bantuan di Auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika sesi CoopUmrah pada Iftar Ala Madinah di Kompleks Karangkraf.
Abdul Rahman (dua dari kanan) ketika sesi CoopUmrah pada Iftar Ala Madinah di Kompleks Karangkraf.



Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Angkasa, Datuk Shaharudin Mohd Sa’ad dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden Angkasa, Halim Ibrahim.

Artikel Berkaitan:


Lebih menarik, program berkenaan turut melibatkan kerjasama dengan koperasi dan kariah masjid di setiap negeri pada tahun ini.

Katanya, penglibatan tersebut membuktikan komitmen dan semangat pihak koperasi masjid bagi bersama-sama membantu serta menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Koperasi dan kariah masjid bertindak untuk menyediakan lokasi manakala Pejabat Perhubungan Angkasa negeri pula diberi peranan melaksanakan program termasuk memberi sumbangan.

Abdul Rahman (empat dari kiri) bersama penerima sumbangan pada program CoopCare Rezeki Ramadan Angkasa.
Abdul Rahman (empat dari kiri) bersama penerima sumbangan pada program CoopCare Rezeki Ramadan Angkasa.



“Kerjasama ini bukan sahaja memudahkan pelaksanaan program tetapi juga memberi peluang kepada koperasi dan kariah masjid untuk lebih aktif dalam aktiviti kebajikan,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai CoopCare Rezeki Ramadan, Abdul Rahman berkata, program tersebut akan terus diperluaskan lagi untuk tahun-tahun berikutnya.

“Selagi ada Ramadan, kita akan terus adakan program ini. Saya berharap program tersebut juga akan menjadi platform untuk menyemarakkan semangat memberi, prihatin dan berkongsi sepanjang bulan mulia ini,” katanya.

HABSAH AHMAD
HABSAH AHMAD



Sementara itu, sempena Ramadan, Angkasa juga menaja sebanyak 500 pek makanan juadah berbuka puasa pada program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Dataran Karangkraf pada Khamis.

Lebih bermakna, apabila kakitangan Angkasa telah berbuka puasa bersama-sama 1000 pengunjung yang hadir pada program itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!