Memasuki usia satu dekad tahun ini, program World #QuranHour tekal meneruskan perjuangan mencetuskan gelombang budaya membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam masyarakat.Bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Gombak pada 25 Mac depan, acara yang dinanti-nanti saban tahun ini kali ini membawa misi besar berpandukan Surah Al-Saff dengan tema #SavingTheUmmah.