CGM bantu golongan kurang bernasib baik

Kempen membantu mereka kurang bernasib baik yang dianjurkan Persatuan CGM.
Kempen membantu mereka kurang bernasib baik yang dianjurkan Persatuan CGM.
A
A
A

ALOR GAJAH - Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) tidak ketinggalan memeriahkan Ramadan ini dengan mengadakan kempen #GazaUntukMalaysia sebagai medium berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik.

Wakilnya, Amirul Syafik Radzuan berkata, kempen yang julung kali diadakan itu menyasarkan beberapa kawasan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan perjalanan ibadah golongan berkenaan sepanjang Ramadan ini lancar.

Menurutnya, meskipun CGM memfokuskan bantuan di Gaza, namun pihaknya tidak pernah melupakan mereka yang kurang bernasib baik di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, pada kali ini di Melaka seramai 100 orang penerima melibatkan 50 keluarga menerima sumbangan berupa kit makanan yang mengandungi tepung, beras, minyak, biskut, susu tin, gula dan set telekung.

"Sumbangan ini dilakukan dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah yang diadakan di Masjid As-Sakinah, Kampung Baru, Kuala Sungai Baru.

"CGM mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin masyarakat di sini, kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berkongsi rezeki," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, menyambut baik program #GazaUntukMalaysia sebagai medium menyantuni masyarakat rentan.

"Satu program yang sangat baik sekali gus memupuk perpaduan dengan semangat Malaysia MADANI pada bulan Ramadan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu persatuan CGM turut mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan setiap bantuan dan projek dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Persatuan Cinta Gaza Malaysia di talian 011-58679973.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!