Pengunjung panik medan selera Mydin Seremban 2 terbakar

Kepulan asap memenuhi ruang luar bangunan ketika kejadian.
Kepulan asap memenuhi ruang luar bangunan ketika kejadian.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Pengunjung Mydin Seremban 2 di sini cemas seketika selepas berlaku kebakaran dapur di medan selera pasar raya berkenaan pada Isnin.

Kejadian itu tular di media sosial memaparkan kepulan asap memenuhi bahagian luar bangunan tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian.

Keadaan selepas operasi pemadaman di kawasan medan selera Mydin Seremban 2 selesai.
Keadaan selepas operasi pemadaman di kawasan medan selera Mydin Seremban 2 selesai.

"Ketika tiba di lokasi didapati berlaku kebakaran pada dapur gerai Nasi Kandar Line Q berkeluasan 6x12 meter persegi di medan selera berkenaan yang musnah 70 peratus.

"Enam minit masa diambil untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pemantauan di lokasi masih dijalankan dan kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengurusan Mydin Seremban 2 dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu membabitkan kebakaran kecil di restoran salah satu operator medan selera pasar raya berkenaan.

Ujar kenyataan itu, dalam kejadian itu semua kakitangan dan pelanggan berjaya keluar dengan selamat dengan bantuan JBPM serta petugas Mydin.

Katanya, pasar raya itu kini kembali beroperasi seperti biasa selepas mendapat kebenaran dan kelulusan oleh JBPM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!