Wanita dicurah petrol, dibakar dalam trem

Seorang wanita parah selepas dicurah petrol dan dibakar oleh seorang individu tidak dikenali dalam sebuah trem di Bandar Gera, timur Jerman pada Ahad. Foto Agensi
Seorang wanita parah selepas dicurah petrol dan dibakar oleh seorang individu tidak dikenali dalam sebuah trem di Bandar Gera, timur Jerman pada Ahad. Foto Agensi
A
A
A

ERFURT - Seorang wanita parah selepas dicurah petrol dan dibakar oleh seorang individu tidak dikenali dalam sebuah trem di Bandar Gera, timur Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis berkata, sebuah helikopter penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian, dan siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut.

Setakat ini, belum dapat ditentukan sama ada suspek telah dikenal pasti.

Polis juga belum dapat memberikan maklumat lanjut mengenai latar belakang sebenar kejadian.

Saksi sedang disoal siasat dan bukti di lokasi kejadian sedang dikumpulkan, menurut jurucakap itu.

Berdasarkan maklumat semasa, tiada individu lain yang cedera dalam insiden itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!