[VIDEO] DAP bukan parti ‘yes man’ - Guan Eng

A
A
A

SHAH ALAM - DAP mengakui bahawa parti itu adalah rakan setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun menegaskan bahawa mereka bukanlah ‘yes man’.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, dalam apa jua keadaan, mereka akan tetap mengutamakan pengundi dan rakyat.

“Kami juga mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pertama kali ke Kongres Nasional DAP atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.

“DAP telah menjadi sekutu teguh seperti yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP terdahulu, daripada (Tan Sri) Lim Kit Siang sehinggalah sekarang, Anthony Loke. Kami bangga dapat membantu hingga beliau menjadi Perdana Menteri dan akan terus berbuat demikian.

“Bagaimanapun, biar saya tegaskan bahawa DAP bukanlah parti ‘yes man’. DAP hanyalah ‘yes man’ kepada pengundi kita dan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini pada Ahad.

Lim Guan Eng - FOTO SINARHARIAN/ROSLI TALIB
Lim Guan Eng - FOTO SINARHARIAN/ROSLI TALIB

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; dan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Guan Eng turut memuji reformasi politik dan institusi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Anwar.

“Kami berharap reformasi ekonomi akan dimasukkan dan dipercepatkan tahun ini untuk membalas kepercayaan pengundi kita bahawa Pakatan Harapan akan menjadikan Malaysia lebih baik untuk anak-anak kita,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!