Kebakaran besar berhampiran Lapangan Terbang Aleppo, Syria

Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran melibatkan tiga kenderaan pengangkutan bahan api berhampiran lapangan terbang itu. - Foto Agensi
Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran melibatkan tiga kenderaan pengangkutan bahan api berhampiran lapangan terbang itu. - Foto Agensi
A
A
A

DAMSYIK/ISTANBUL - Kebakaran besar berlaku pada Sabtu melibatkan kenderaan yang membawa produk petroleum berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo di utara Syria, sejurus selepas pihak berkuasa mengumumkan ia kembali dibuka, lapor Anadolu Ajansi.

Pertahanan Awam Syria melaporkan di X bahawa pasukannya sedang berusaha mengawal kebakaran yang berlaku di kenderaan pengangkutan bahan api berhampiran sebuah stesen minyak di sepanjang jalan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.

Video yang dimuat naik kumpulan itu menggambarkan kebakaran berkenaan sebagai "besar,” namun puncanya masih belum diketahui setakat 2000 GMT.

Pertahanan Awam Syria kemudian mengumumkan di X bahawa pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran melibatkan tiga kenderaan pengangkutan bahan api berhampiran lapangan terbang itu.

Menurut pasukan itu, kebakaran menyebabkan kerosakan besar kepada kenderaan terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria sebelum ini mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo akan menyambung semula operasinya pada Selasa, selepas ditutup selama tiga bulan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!