Kerajaan hapuskan tempahan berganda di Puspakom, elak kesesakan
11 Mac 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kerajaan mengambil langkah tegas dengan menghapuskan tempahan slot pemeriksaan berganda di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi menangani kesesakan serta penyalahgunaan sistem oleh pihak tertentu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan ini diambil bagi memastikan sistem pemeriksaan lebih teratur dan mengelakkan manipulasi tempahan oleh orang tengah.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #Puspakom
