[VIDEO] Kerajaan puas hati, pembinaan LCS hanya lewat 1.68 peratus

A
A
A

LUMUT - Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan pembinaan lima kapal tempur persisir (LCS) meskipun berlaku sedikit kelewatan daripada perancangan ditetapkan.

Mohamed Khaled ketika meninjau perkembangan pembinaan kapal LCS pertama sempena lawatan kerjanya ke Limbungan LUNAS, Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Mohamed Khaled ketika meninjau perkembangan pembinaan kapal LCS pertama sempena lawatan kerjanya ke Limbungan LUNAS, Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, kelewatan terhadap projek bernilai RM11 bilion itu hanya merekodkan 1.68 peratus, disebabkan masalah peralatan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pengeluar peralatan asal (OEM).

"Secara keseluruhannya pembinaan kelima-lima kapal LCS ini telah pun mencapai 71.62 peratus berbanding perancangan 73.3 peratus.

Kapal LCS pertama yang dinamakan Maharajalela berjaya diluncurkan ke permukaan air seperti jadual kontrak pada 23 Mei lalu di Limbungan LUNAS.
Kapal LCS pertama yang dinamakan Maharajalela berjaya diluncurkan ke permukaan air seperti jadual kontrak pada 23 Mei lalu di Limbungan LUNAS.

"Memang ada sedikit kelewatan, tetapi kementerian sangat berpuas hati dan pada masa sama akan terus memantau perkembangannya kerana projek ini sangat penting untuk negara.

"Bukan sahaja jumlah peruntukan yang besar, tetapi lebih penting sebagai sebuah negara maritim, kita sangat memerlukan perkhidmatan kapal-kapal bagi TLDM terutamanya kapal tempur persisir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke Limbungan LUNAS, Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa bagi meninjau perkembangan pembinaan kapal LCS.
Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke Limbungan LUNAS, Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa bagi meninjau perkembangan pembinaan kapal LCS.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar; Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain dan Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS, Azhar Jumaat.

Mohamed Khaled berkata, kapal LCS pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos tahun depan, sepertimana dijadualkan sebelum ini.

Katanya, LCS kedua pula dijadualkan diluncurkan ke permukaan air pada Mei depan diikuti LCS ketiga pada Januari 2026.

"Semuanya sedang dibina mengikut kemajuan masing-masing.

Kapal LCS pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos tahun depan.
Kapal LCS pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos tahun depan.

"Kehadiran saya ini juga supaya masyarakat di luar sana mendapat maklumat secara langsung daripada kementerian...daripada saya, bukannya dengar-dengar daripada orang lain yang buat tuduhan dan andaian yang bukan-bukan," katanya.

Dalam lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM312,000 hasil kutipan Tabung Tragedi Lumut '24 kepada waris mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas, April tahun lalu.

Kapal LCS kedua dijadualkan diluncurkan ke permukaan air pada Mei depan.
Kapal LCS kedua dijadualkan diluncurkan ke permukaan air pada Mei depan.

Turut disampaikan peruntukan kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan kediaman anggota dan pegawai TLDM berjumlah RM70.44 juta dengan RM28.71 juta daripadanya untuk kem Lumut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!