Pelajar IPT maut digilis lori

Lokasi kemalangan di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling.
Lokasi kemalangan di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis lori di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.25 petang ketika pelajar lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah universiti swasta di Pasir Gudang menuju ke Iskandar Puteri.

“Sewaktu kejadian, cuaca hujan dan permukaan jalan licin. Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 36 tahun di sebelah kanan.

“Bagaimanapun, ketika memotong, mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke bawah lori yang sedang bergerak di lorong kiri. Situasi itu menyebabkan bahagian kepala mangsa digilis tayar belakang sebelah kanan lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!