PDRM, AGC perlu segera bertindak tangani isu 3R - Gobind

Gobind
Gobind
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mendesak agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak segera terhadap pihak yang menghasut kebencian agama atau kaum.

Tegas beliau, perkara tersebut tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa sebarang tindakan sewajarnya seperti mana dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Mac lalu.

"Laporan polis telah dibuat namun kita masih lagi melihat ada pihak yang mengulangi perkara yang sama, sekali gus memburukkan lagi keadaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, peruntukan undang-undang sedia ada boleh digunakan untuk menangani situasi seumpama itu namun, peruntukan tersebut tidak bermakna jika tidak dikuatkuasakan.

"Tindakan mesti diambil bagi memberi mesej yang jelas bahawa kita tidak akan berkompromi dengan penghinaan terhadap mana-mana agama dan akibatnya menanti," ujar Gobind.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!