Empat pelajar Malaysia terbabit nahas di Jordan

Muhammad Zaqwan (kiri) dan Muhammad Ilham terlibat dalam kemalangan di Jordan. Foto FB Mohd Fared
Muhammad Zaqwan (kiri) dan Muhammad Ilham terlibat dalam kemalangan di Jordan. Foto FB Mohd Fared
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua pelajar Johor terlibat dalam kemalangan di Jordan bersama dua lagi pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, pada malam Sabtu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.

Menurut beliau, kedua-dua mereka merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Fiqh wa Usul di Universiti Mu'tah, Jordan.

"Difahamkan kedua-dua pelajar berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, seorang pelajar dari Wilayah Persekutuan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi pelajar dari Selangor juga dilaporkan stabil," katanya dalam muat naik di Facebook pada Ahad.

Mohd Fared menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu dan berharap semua pihak dapat mendoakan kesihatan serta keselamatan mereka yang terlibat.

"Kerajaan negeri akan membantu berdasarkan keperluan mereka di sana mengikut nasihat Pegawai Atase Pendidikan kita di Kedutaan Mesir yang juga bertugas menyelia pelajar Johor di Jordan.

"Orang ramai diseru agar sama-sama mendoakan agar keempat-empat pelajar ini diberikan kesembuhan dan dapat meneruskan pengajian seperti biasa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!